Wednesday, March 31, 2010

Sahabat

Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.

Jangan Menakut-Nakutkan Sesama Kita

Dari Abdul Rahman bin Abi Laila rah.a berkata, kami telah diceritakan oleh sahabat Nabi s.a.w : Satu ketika beliau bersama Nabi s.a.w di mana seorang sahabat telah tertidur. Ketika dia nyenyak tidur, seorang sahabat telah mengambil tali kepunyaannya (semata-mata untuk bergurau sahaja). Apabila sahabat tadi membuka matanya dan didapatinya talinya telah hilang disisinya, dia begitu susah hati. Kerana itu Nabi s.a.w bersabda: Tidak halal bagi seorang Islam menakut-nakutkan seorang Islam yang lain.

(Hadith riwayat Abu Daud)

Nasihat Sepanjang Zaman

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.

Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.

Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)

Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.

Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.

Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.

Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.

Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.

Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.

Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Pedoman Kehidupan

Barangsiapa tidak mengenali jati dirinya, dia akan terjerumus.

Barangsiapa takut kepada Allah, dia akan selamat.

Barangsiapa belum pernah mencuba sesuatu, dia akan tertipu.

Barangsiapa menentang kebenaran, dia pasti akan terkalahkan.

Barangsiapa mengetahui akan datangnya ajal, pasti akan berkurangan angan-angan dan cita-citanya.

Tuesday, March 30, 2010

Sedikit Kata-Kata Hikmah

(1)jadikan dirimu bagai pohon yan rendang di mana insan dapat berteduh, bukanya pohon kering yang menjadi tempat sang pungguk merindukan bulan.
(2) hiduplah seperli lilin yang menyinari org lain, bukan seperti duri yang mencucuk diri dan menyakiti org lain.
(3) padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yg berhemah tinggi adalah manusia yg merendah diri.
(4) orang yang cantik ttapi tidak berakhlak ibarat bunga yang berwarna tapi berbau busuk

Rahsia Solat

Firman Allah bermaksud;"Dan dirikanlah solat pada dua bahagian hujung siang(pagi dan petang) dan pada permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan buruk. Itulah peringatan bagi orang yang mahu beringat."(Hud:114)
"Dan dirikanlah solat keluarkan zakat dan taat kepada rasul supaya kamu diberi rahmat."(an-Nur:56)

Seorang pakar neurologi di Amerika Syarikat mendapati beberapa urat saraf di kepala manusia tidak dimasuki darah, kecuali seseorang bersujud(ketika solat). Saluran itu hanya memerlukan sedikit aliran darah pada waktu tertentu, sesuai dengan kewajipan solat lima kali sehari. Kesan kemasukkan darah ke saraf berkenaan dipercayai dapat membantu seseorang berfikiran lebih waras dan memiliki pertimbangan baik.

Waktu Berdoa

Orang yang berdoa kepada Allah s.w.t. sudah tentu berharap doanya cepat dimakbulkan dan mendapat hasilnya secepat mungkin. Sehubungan itu, Ibnu 'Atha' berpendapat bahawa apabila kita memanjatkan doa, ia harus mematuhi rukun doa. Ini termasuk menghadirkan hati atau memusatkan jiwa apabila berdoa serta tunduk merendahkan diri kepada Allah. Selain itu beliau berpendapat, berdoa seharusnya dengan sepenuh kemahuan dan keikhlasan serta bertepatan dengan tempat dan waktunya, dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berdoa. Waktu yang paling mustajab untuk berdoa adalah;
  • Ketika hujan
  • Ketika memulakan solat dan sesudahnya
  • Ketika menghadapi barisan musuh dalam peperangan
  • Antara azan dan iqamat
  • Tengah malam
  • Ketika iktidal yang akhir dalam solat
  • Ketika sujud dalam solat
  • Ketika khatam al-Quran
  • Sepanjang malam, terutama sekali pada sepertiga yang akhir/waktu sahur
  • Sepanjang Jumaat kerana disitu ada saat mustajab yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari. Ramai ulama berpendapat bahawa saat paling mustajab adalah diantara 2 khutbah.
Tempat berdoa pula termasuk ketika melihat Kaabah dan tempat-tempat ibadat haji dilakukan serta tempat mulia seperti masjid dan tempat ibadat..