Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Rasulullah s.a.w berkata kepadanya:"Wahai Abu Said! Siapa yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi; maka wajiblah baginya syurga."
(Riwayat Muslim)
Kita Takkan Berjumpa Dengan Pasangan Yang Salah, Tapi Kita Yang Menjadi Pasangan Yang Salah.
Wednesday, February 24, 2010
Golongan Yang Mendapat Naungan Allah
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya: Imam yang adil; Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah; Insan yang hatinya terpaut dengan masjid; Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; Insan yang diajak(digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata:'Sesungguhnya aku takutkan Allah';Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu bergelinangan air matanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mesti Mengamalkan Islam Walaupun Dalam Keadaan Terasing
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:"Islam bermula dalam keadaan terasing. Ia akan kembali asing seperti permulaannya. Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing."
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Bidaah Adalah Suatu Keburukkan
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w bersabda:"Sesiapa yang mengadakan perkara baru yang tiada di dalam agama Islam, maka ia adalah ditolak."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kedudukan Sifat Malu
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:"Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga."
(Riwayat al-Tarmizi)
(Riwayat al-Tarmizi)
Melakukan Amalan Secara Berterusan
Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w bersabda:"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah suka ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tanda Kemanisan Iman
Daripada Anas bin Malik r.a, bersabda Rasulullah s.a.w: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain; Siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah(dan bukan kerana satu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya(daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api."
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Subscribe to:
Posts (Atom)