Friday, April 2, 2010

Keluarnya Roh

Sabda Rasulullah s.a.w:"Apabila sampai ajal seseorang, akan masuk sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil di dalam badan kemudian menarik roh melalui kedua-dua telapak kaki hingga ke lutut. Kemudian masuk pula sekumpulan malaikat lain untuk menarik roh dari lutut hingga ke perut. Datang lagi satu kumpulan malaikat untuk menarik roh dari perut ke dada. Akhir sekali, masuk malaikat untuk menarik roh dari dada hingga ke kerongkong dan orang itu akan nazak."

Sekiranya orang nazak itu beriman, malaikat Jibril a.s akan menebarkan sayap kanannya dan terlihat lah syurga yang akan didudukinya. Ia akan menyebabkan bakal si mati gembira dan tidak menghiraukan lagi orang di sekelilingnya. Jika orang nazak itu munafik, malaikat Jibril a.s akan menebarkan sayap kirinya dan terlihatlah neraka menyebabkan bakal si mati ketakutan dan terlupa orang disekelilingnya juga.

Tanda-Tanda Kematian


Hanya Allah sahaja yang tau tarikh kematian kita. Namun, ulama ada berkias mengenai tanda-tanda kematian seseorang dalam tempoh 100 hari sebelum mati.

  • 100 hari- seluruh badan bergegar.
  • 60 hari- pusat berasa gerak-gerak.
  • 40 hari- daun bertulis nama si mati di arasy akan jatuh dan malaikat maut akan sentiasa mendampinginya. Kadang-kadang bakal si mati akan ternampak kelibat malaikat maut dan berubah resah serta runsing.
  • 7 hari- mengidam makanan.
  • 5 hari- anak lidah bergerak-gerak.
  • 3 hari- bahagian tengah dahi bergerak-gerak.
  • 2 hari- seluruh dahi terasa bergerak-gerak.
  • 1 hari- terasa bahagian ubun bergerak-gerak diantara waktu subuh dan asar
  • Saat akhir- terasa sejuk dari pusat hingga tulang belakang.
Jesteru, sebaik-baik sahaja terasa tanda akhir ini, mengucap dua kalimah syahadah dalam keadaan kiam dan jangan bercakap-cakap.

Selemah-Lemah Manusia


selemah-lemah manusia ialah manusia yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari


(saidina Ali)

Wanita


wanita dicipta bukanlah dari tulang rusuk atas untuk diperintah, bukan dari rusuk bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dgn tangan bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan kasih sayang....itulah kecantikan dunia

Rindu

sesengguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindukan syahid di jln allah, jika rindu seseorang...moga lebih bertambah kekuatan menyintai Allah.. jgn biarkan rindu melampai batas hingga lupa cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-nya

Makna Kebahagiaan


kebahagiaan itu ibarat sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada allah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhanya.




(yusuf al-qardawi)