Sabda Rasulullah s.a.w:"Apabila sampai ajal seseorang, akan masuk sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil di dalam badan kemudian menarik roh melalui kedua-dua telapak kaki hingga ke lutut. Kemudian masuk pula sekumpulan malaikat lain untuk menarik roh dari lutut hingga ke perut. Datang lagi satu kumpulan malaikat untuk menarik roh dari perut ke dada. Akhir sekali, masuk malaikat untuk menarik roh dari dada hingga ke kerongkong dan orang itu akan nazak."
Sekiranya orang nazak itu beriman, malaikat Jibril a.s akan menebarkan sayap kanannya dan terlihat lah syurga yang akan didudukinya. Ia akan menyebabkan bakal si mati gembira dan tidak menghiraukan lagi orang di sekelilingnya. Jika orang nazak itu munafik, malaikat Jibril a.s akan menebarkan sayap kirinya dan terlihatlah neraka menyebabkan bakal si mati ketakutan dan terlupa orang disekelilingnya juga.
No comments:
Post a Comment