Monday, May 17, 2010

Kelebihan Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Hati Yang Sihat Dan Suci

Qalbun Shahih, iaitu hati yang sihat dan bersih atau hati yang suci dari setiap nafsu yang menentang perintah larangan Allah. Sehingga ia selamat dari pengabdian selain Allah dan mengambil hukum atau bertahkim pada selain Rasulnya

Oleh itu hati yang murni hanya mengabdikan diri kepada Allah baik dari segi iradat, cinta (mahabbah), berserah diri (tawakkal), kembali kepada ajaranNya dengan bertaubat (inaabah), tunduk memasrahkan diri (ikhabaat), takut atas siksaNya (khasyyah), dan mengharap kurniaanNya..

Bahkan seluruh aktivitinya hanya untuk Allah semata-mata.. Jika mencintai, maka cintanya kerana Allah, jika membenci, bencinya itu pun kerana Allah, jika memberi atau bersedekah, hal itu keranaNya dan jika menolak juga kerana Allah SWT. Tidak hanya itu saja, tetapi diiringi kepatuhan hati dan bertahkim kepada sesama makhlukNya. Ia mempunyai dasar landasan yang kuat dan prinsip tersendiri dalam menjadikan Nabi Muhammad sebagai penghulu segala rasul dan teladan kepada seluruh umat manusia, baik dalam tutur kata atau budi pekerti. Pada prinsipnya setiap perilaku mereka selalu berpedoman pada sunnah Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Al-Hujurat;1)

Proses Penyucian Hati

Hubungan hati dengan oragan-organ lainnya, seperti raja yang bertakhta di atas singgahsana yang dikelilingi para pengawalnya.. Seluruh anggota pengawal bergerak atas perintah raja. Dengan kata lain, bahawa hati itu sebagai organ utama di dalam badan. Seperti mana sabda Rasulullah yang bermaksud:

" Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh ini ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baik pula seluruh tubuh, dan bila ia rosak, maka rosak lah seluruh tubuh. Ketahuilah seketul daging itu ialah hati."

Hati juga memiliki komponen sifat hidup dan mati. Dalam hal ini, ada 3 peringkat hati manusia: pertama Qalbun Shahih (hati yang suci). Kedua, Qalbun Mayyit(hati yang mati). Ketiga, Qalbun Maridl (hati yang sakit).