Monday, May 17, 2010

Hati Yang Sihat Dan Suci

Qalbun Shahih, iaitu hati yang sihat dan bersih atau hati yang suci dari setiap nafsu yang menentang perintah larangan Allah. Sehingga ia selamat dari pengabdian selain Allah dan mengambil hukum atau bertahkim pada selain Rasulnya

Oleh itu hati yang murni hanya mengabdikan diri kepada Allah baik dari segi iradat, cinta (mahabbah), berserah diri (tawakkal), kembali kepada ajaranNya dengan bertaubat (inaabah), tunduk memasrahkan diri (ikhabaat), takut atas siksaNya (khasyyah), dan mengharap kurniaanNya..

Bahkan seluruh aktivitinya hanya untuk Allah semata-mata.. Jika mencintai, maka cintanya kerana Allah, jika membenci, bencinya itu pun kerana Allah, jika memberi atau bersedekah, hal itu keranaNya dan jika menolak juga kerana Allah SWT. Tidak hanya itu saja, tetapi diiringi kepatuhan hati dan bertahkim kepada sesama makhlukNya. Ia mempunyai dasar landasan yang kuat dan prinsip tersendiri dalam menjadikan Nabi Muhammad sebagai penghulu segala rasul dan teladan kepada seluruh umat manusia, baik dalam tutur kata atau budi pekerti. Pada prinsipnya setiap perilaku mereka selalu berpedoman pada sunnah Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Al-Hujurat;1)

No comments:

Post a Comment