1)Mati akibat kecederaan dalam peperangan fisabilillah.
Orang yang mati bukan kerana dibunuh musuh atau tidak mati di medan perang, tetapi akibat kecederaannya dalam peperangan lalu mati di rumah atau khemah, maka kematiannya juga dikira syahid.
"Atau sesiapa yang mati dimedan perang kerana dipijak unta atau kuda atau disengat binatang berbisa(ketika berada di khemah atau tempat persembunyian untuk menyerang musuh) atau mati di tempat tidur(ketika keluar utk berjihad) walau ape jenis kesakitannya, maka semuanya dikira mati syahid dan akan dimasukkan ke dalam syurga."(Abu Daud, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
2)Mati kerana wabak taun
Usama r.a berkata Rasulullah bersabda maksudnya;"Jika kamu mendengar ada wabak taun sedang berjangkit di sesuatu tempat, maka janganlah kamu masuk ke tempat itu dan jika wabak itu menjangkiti negeri kamu berada, maka janganlah kamu keluar daripada negeri itu."(Bukhari dan Muslim)
Hadis itu mengajar kita dua perkara. Pertama, kita mencegah daripada wabak penyakit itu atau jangan mendorong diri kita ke dalam kebinasaan.
3)Mati kerana sakit perut
Walaupun sakit perut pada anggapan kita sebagai sakit biasa, tetapi sekiranya orang yang menghidap sakit perut dengan penuh reda dan sabar menahan sakitnya sehingga membawa maut, maka matinya dikira mati syahid.
Terdapat hadis yang menegaskan mengenai hal itu yang bermaksud;"Sesiapa yang mati sakit perut, maka matinya dikira mati syahid."(Muslim)
4)Mati kerana tertimbus runtuhan bangunan atau tenggelam di dalam air
Orang Mukminin yang mati kerana tertimbus oleh runtuhan bangunan atau tanah dan juga mati kerana lemas di air dikira termasuk syahid/husnul khatimah.
5)Mati hamil atau mati bersalin
Apabila seorang wanita hamil hasil daripada perkawinan yang sah, ketika dia melahirkan anak, anaknya tidak dapat keluar dan menyebabkan dia mati, maka matinya mati syahid.
Terdapat keterangan hadis bahawa Rasulullah pernah ditanya mengenai apakah ada lagi jenis kematian selain mati di medan perang yang termasuk syahid, lalu Rasulullah menjawab:"Mati seorang perempuan kerana mengandung( tak dapat atau susah melahirkan anak) juga dikira mati syahid dan di akhirat ia ditarik anaknya ke dalam syurga(Riwayat Imam Ahmad, Dairami dan Thayalisi dan sanadnya sahihnya)
Dipetik daripada buku Lambaian Wajah-Wajah Kematian terbitan Al-Hidayah.
No comments:
Post a Comment