- Ketika hujan
- Ketika memulakan solat dan sesudahnya
- Ketika menghadapi barisan musuh dalam peperangan
- Antara azan dan iqamat
- Tengah malam
- Ketika iktidal yang akhir dalam solat
- Ketika sujud dalam solat
- Ketika khatam al-Quran
- Sepanjang malam, terutama sekali pada sepertiga yang akhir/waktu sahur
- Sepanjang Jumaat kerana disitu ada saat mustajab yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari. Ramai ulama berpendapat bahawa saat paling mustajab adalah diantara 2 khutbah.
Kita Takkan Berjumpa Dengan Pasangan Yang Salah, Tapi Kita Yang Menjadi Pasangan Yang Salah.
Tuesday, March 30, 2010
Waktu Berdoa
Orang yang berdoa kepada Allah s.w.t. sudah tentu berharap doanya cepat dimakbulkan dan mendapat hasilnya secepat mungkin. Sehubungan itu, Ibnu 'Atha' berpendapat bahawa apabila kita memanjatkan doa, ia harus mematuhi rukun doa. Ini termasuk menghadirkan hati atau memusatkan jiwa apabila berdoa serta tunduk merendahkan diri kepada Allah. Selain itu beliau berpendapat, berdoa seharusnya dengan sepenuh kemahuan dan keikhlasan serta bertepatan dengan tempat dan waktunya, dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebelum berdoa. Waktu yang paling mustajab untuk berdoa adalah;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment