Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:"Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya: Imam yang adil; Pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah; Insan yang hatinya terpaut dengan masjid; Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; Insan yang diajak(digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata:'Sesungguhnya aku takutkan Allah';Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu bergelinangan air matanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment