Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah s.w.t, yakni Adam (as), dalam surah al-Baqarah, ayat 30-38, seperti berikut;
Dan ketika Tuhanmu berfiman kepada para malaikat;"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang kalifah di bumi;"mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan di bumi itu makhluk yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih memujiMU da mensucikanMU?" Tuhan befiman;"Sesungguhnya Aku mngetahui apa yang kamu tidak ketahui,"(30)
Dan Dia pun mengajarkan Adam akan nama2 seluruhnya, kemudian ditunjukkan kepada malaikat, lalu dia berfirman:"Terangkanlah kepada Aku nama2 benda ini semuanya,jika kamu golongan yang benar,"(31)
Malaikat berkata,"Maha suci Engkau, kami tidak punyai ilmu selain ape yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya engkau jualah yang amat mengetahui lagi amat bijaksana,"(32)
Allah berfirman,"Wahai Adam, terangkanlah nama benda2 ini semua kepada mereka."Maka setelah Adam menerangkan nama benda2 itu kepada mereka,Allah berfirman:" Bukankah Aku telah katakan kepada kamu bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?"(33)
Dan ketika Allah berfirman kepada malaikat:"Tunduklah kepada Adam:" lalu mereka semua tunduk memberi hormat melainkan iblis.Dia enggan dan takbur, dan jadilah ia dari golongan yang kafir.(34)
Dan Allah berfirman;"Wahai Adam, tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah makanannya apa saja yang kamu berdua suka sepuas-puasnya dan janganlah kamu menghampiri pokok ini;(jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim,"(35)
Setelah itu syaitan mengelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan mnyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka berada di dalamnya, dan Allah berfirman;"Turunlah kamu, sebahagian kamu mnejadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa."(36)
Kemudian Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimat, lalu Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah, Dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihani.(37) Allah berfirman:"Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKU, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu nescaya tidak ada kebimbangan bagi mereka pun tidak akan berduka."(38)
No comments:
Post a Comment