Hadis sahih Muslim, daripada Abdulah bin Umar, katanya Umar al-Khattab ayahnya bercerita kepadanya seperti berikut:
Pada suatu hari kami berada di sisi Rasullah saw, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian sangat putih dan rambutnya hitam pekat. Sama sekali tidak nampak pada dirinya tanda-tanda orang yang datang dari jauh. Tetapi tidak seorangpun pada kami yang mengenali lelaki tersebut. Dia duduk dekat dengan nabi saw. Dia menyandarkan kedua lututnya kepada lutut Rasulullah. dia juga meletakkan kedua tapak tangannya di atas pehanya sendiri.
Dia berkata,"Wahai Muhammad, beritahu kepadaku mengenai Islam."
Rasulullah saw bersabda,"Islam itu hendaklah kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah. Hendaklah kamu mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan puasa Ramadhan, dan menunaikan ibadat Haji jika mampu dalam perjalanan."
Lelaki itu berkata,"Kamu berkata benar."
Umar berkata; Tentu saja kami berasa hairan kepada orang itu, sebab dia yang bertanya dan dia sendiri yang membenarkan(jawapan Rasulullah).
Lelaki itu berkata lagi,"Beritahukan kepada ku mengenai Iman,"
Rasulullah menjawab,"Hendaklah kamu beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, beriman kepada hari akhir dan juga kepada qadarNya yang baik dan yang buruk."
Lelaki itu berkata," Kamu telah berkata benar," Kemudian beliau menyambung,"Beritahukan kepada diriku mengenai ehsan."
Rasulullah bersabda,'Hendaklah kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatnya. Jika kamu tidak merasa melihatNya maka hendaklah kamu merasa dilihat olehNya,"
Lelaki itu berkata lagi,"Beritahukan kepada ku tentang Kiamat."
Rasulullah menjawab," Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui dari yang bertanya,"
Lelaki itu berkata,"Kalau begitu beritahukan tentang tanda-tandanya saja."
Rasulullah bersabda,"Kalau sudah ada budak perempuan melahirkan tuannya; kalau kamu telah menyaksikan orang-0rang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian dari kalangan orang-orang melarat pengembala kambing saling belumba-lumba mendirikan bangunan yang tinggi."
Umar berkata:Kemudian lelaki itu pun pergi. Setelah berlalu berapa hari akhirnya Rasulullah berkata kepadaku," Wahai Umar, tahukah kamu siapakah lelaki yang (beberapa hari lalu) mengajukan pertanyaan?"Aku menjawab; Hanya Allah dan RasulNya saja yang mengetahui.Rasulullah bersabda,"Sesunguhnya dia adalah Jibrail. Dia datang kepada kalian untuk mengajarkan agama kepada kalin semua."
(Imam An-Nawawi, Syarah Shahih Muslim(terj),Buku 1, 1994, Mustaqim, Jakarta, ms 295-296)
No comments:
Post a Comment