Wednesday, February 17, 2010

Kasih Sayang Akan Jantung Anda

Jantung ialah organ yang mengepam darah melalui pembuluh darah(arteri). Darah mengalirkan zat-zat berkhasiat dan oksigen kepada tisu-tisu badan. Arteri yang normal dan sihat adalah bersifat anjal dan dinding dalamnya lembut dan bersih. Bagaimanapun dalam kes-kes tertentu, ia menjadi tebal da keras dan dindingnya diliputi mendapan lemak. Mendapan ini dikenali sebagai plak dan ia bertambah secara berperingkat-peringkat sehingga saluran arteri tersebut tersumbat. Serangan sakit jantung boleh berlaku. Kejadian plak bermula dari peringkat kanak-kanak. Apabila usia meningkat, plak bertambah tebal. Biasanya kita tidak menyedari hal ini sehingga kita mengalami sakit dada atau serangan sakit jantung

Apakah Yang Menyebabkan Penyakit Jantung

1-Kolestrol darah yang tinggi
Kolestrol adalah bahan yang dihasilkan oleh hati. Kita juga dapat kolestrol dari makanan. Ia adalah sebahagian daripada tisu badan dab penting untuk kehidupan. Bagaimanapun, jika paras kolestrol darah terlalu tinggi, ia membantu pembentukkan plak.

2-Merokok
Merokok merupakan satu lagi faktor utama yang menyebabkan penyakit jantung. Asap rokok mengandungi nikotin, karbon monoksida dan bahan-bahan toksik lain. Nikotin menyebabkan jantung bekerja lebih laju manakala karbon monoksida menghalang aliran oksigen yang perlu untuk jantung berpungsi. Inilah sebabnya, perokok lebih terdedah kepada penyakit jantung berbanding orang yang tidak merokok.

3-Tekanan darah tinggi
Tekanan darah orang dewasa yang melebihi 140/90 mm hg dianggap faktor risiko utama penyakit jantung(CHD-Coronary Heart Disease). Menurut laporan, lebih daripada seorang bagi setiap 10 orang di kebanyakkan negara Asia mengalami tekanan darah tinggi. Kebanyakkan tidak sedar akan hal ini. Tekanan darah tinggi dipercayai merosakkan dinding arteri dan memudahkan lagi pembentukkan plak yang menyebabkan CHD. Selain CHD tekanan darah tinggi juga menyebabkan komplikasi seperti;
a)Angin ahmar
b)Kegagalan jantung
c)Kerosakkan buah pinggang

4-Faktor-faktor lain
a)Berat badan yang berlebihan dan kegemukan-anda patut mengawal berat badan.
b)Keturunan
c)Lelaki-orang lelaki lebih mudah diserang CHD berbanding wanita khususnya di bawah umur 50 tahun.

No comments:

Post a Comment