Monday, February 22, 2010

Perhatian Dan Ketetapan Daripada Allah S.W.T

Daripada ibnu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:"Wahai anak, aku ingin ajarkan kepada engkau beberapa kalimah; Peliharalah hak-hak Allah nescaya Allah memelihara kamu. Peliharalah hak-hak Allah nescaya engkau akan mendapatiNya di mana saja engkau berada. Apabila kamu ingin meminta sesuatu mohonlah kepada Allah. Apabila kamu inginkan pertolongan, mohonlah pertolongan dari Allah. Dan ketahuilah, sekiranya seluruh umat berhimpun untuk memberikan suatu manfaat kepada engkau, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikitpun melainkan dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu. Sekiranya mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu, mereka tidak akan dapat berbuat demikian sedikitpun melainkan dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada kamu. Telah pun diangkat dan segala pena dan telah keringlah segala buku.(segalanya telah ditetapkan oleh takdir dan ditulis di Luh Mahfuz)."

(Riwayat Al-Tarmizi dan Ahmad)

No comments:

Post a Comment