Dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang dinamakan surah Luqman, iaitu surah ke-31. Di dalamnya Allah menyatakan "Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada Luqman 'al-Hikmah', bahawa bersyukurlah kepada Allah! Sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang kufur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Amat Terpuji"(ayat 12).Al-Quran tidak menerangkan siapa Luqman itu sebenarnya-apakah dia seorang rasul,pendeta atau ulama'. Al-Quran hanya menyebut dia seorang yang telah dikurniakan 'al-Hikmah'. Walau apapun, tentulah dia seorang yang sangat istimewa di sisi Allah, hingga namanya diabadikan di dalam kitab suci-Nya. Dan setelah menyatakan bahawa ia telah dikurniakan 'al-Hikmah', al-Quran menceritakan bahawa telah mengajar anaknya, seperti berikut(ayat 13-19);
Dan taktala Luqman berkata kepada anaknya, sewaktu dia memberi nasihat:Wahai anakku! janganlah engkau mempersekutukan Allah, Sesungguhnya perbuatan Syirik itu kezaliman yang besar.(13)
Dan Kami nasihatkan kepada manusia terhadap kedua ibu-bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan menyusuinya dalam tempoh 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu-bapamu; krpada Akulah jua tempat kembali.(14)
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKU sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik, dan turutlah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu. Kemudian, kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka aku akan menerangkan kepadamu segala yang kamu telah kerjakan.(15)
Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada sesuatu sebesar biji sawi sekalipun, di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, nescaya akan didatangkan oleh Allah, kerana sesungguhnya Allah Amat Halus pengetahuanNya lagi Amat Meliputi.(16)
Wahai anakku! Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikkan serta laranglah perbuatan mungkar, dan bersbarlah atas bala bencana yang menimpaimu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara yang sangat penting.(17)
Dan janganlah engkau palingkan mukamu dari manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong dan membangga diri.(18)
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara itu suara keldai.(19)
No comments:
Post a Comment